26 February 2012

LYNAS totally nonsense!!!

assalammualaikum..=)

aku pelik dengan rakyat Malaysia tak habis habis nak memberontak..hari ni kat kuantan,pahang orang dok sibuk buat Perhimpuanan Hijau..dulu Kuning,,tapi kenapa dorang memberontak?aku kurang pasti..akhirnya aku bukak satu page kat facebook..semua dok kata HENTIKAN LYNAS! aku makin sasau..pe dia LYNAS ni?aku scroll gambo,Anwar Ibrahim pon ade..aku BEBAS okie..sape2 pon aku tak sokong..dan bukan niat tangan aku menari atas keyboard hari ni untuk bercerita pasal politik..tapi aku nak citer pasal LYNAS..


okie skali dengar LYNAS macam aweks cun je kn..aku tau kalau dah dasar laki bernama playboy benda bahaya dengan aweks cun pon korang tak kan dapat bezakan..aku sure ramai giler anak muda yang masih tak tau pe kejadah LYNAS ni..aku pon baru tau,baru buat research..sikit sebanyak aku dapat ilmu dan kesedaran so that aku leyh berkongsi dengan korang dalam blog aku yang sepi tanpa pengunjung nieh..

APE TUH LYNAS?


LYNAS,adalah sebuah company dari Australia..kat Malaysia lebih suka di panggil Lynas Malaysia Sdn Bhd..syarikat UGL RESOURCES syarikat yang berpangkalan kat Australia telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas kat Gebeng,Kuantan,Pahang pada 22feb2010 dengan kos RM 96.8 Juta..senang citer nak buat kilang la ni..kilang ni plak kos dia 700 Juta..syarikat engineer yang bertanggungjawab reka bentuk kilang UGL RESOURCES..dengan erti kata lain Lynas bertanggungjawag memproses nadir bumi..okie ingat nak proses nadir bumi..

UNTUK APA NADIR BUMI?

next nak citer nadir bumi,aku pon tak paham pe kejadah nadir bumi ni,actually nadir bumi dalam omputih rare earth element..tak paham jugak kan..melayu tak paham english lagi blur kan..haha..selepas mengeladah google nadir bumi ni diperlukan untuk komponen elektrik contohnya smartphone,komputer,lensa kamera,alatan tentera,kereta hybrid yang canggih canggih perlukan nadir bumi nieh..jika nadir bumi tiada tak merasa la nak ada henset touch screen Android dan sbgnya..so nadir bumi sangat penting untuk menghasilkan alatan yang efisyen berbanding komponen hasil tiruan..

negara China adalah pelopor terbesar nadir bumi yang diproses..satu tan RM364,800,,pembeli terbesar nadir bumi Jepun,Amerika dan Eropah..dan yang penting permintaan tak kan merosot kerana permintaan yang tinggi terhadap barangan teknologi tinggi..

MACAM MANA NAK DAPATKAN NADIR BUMI?

yang penting nadir bumi takkan dapat di beli kat kedai pak kassim selamat yang dah buta mata dan kat supermarket Giant yang femes dalam citer Doremon..aku tak citer pasal sayur sawi selonggok RM1,beli 2 percuma 1..ni nadir bumi..nadir bumi dilombong di Mount Weld mengandungi mineral utama dan diantaranya monozite..aku memang bodo kimia..plizz la..bosan citer pasal kimia ni..tapi untuk pengetahuan monozite sebenarnya bahan RADIOACTIVE..dalam monozite de thorium,cerium dan lanthanum..adik beradik maybe..tapi,thorium bahan radioactive paling tinggi pangkatnya sebab dia boleh mengantikan Uranium untuk menghasilkan NUCLEAR!!bagi yang tak paham segala term kimia abaikan je..ko pegang word Nuclear je..ko tau kan nuclear tuh pe?bahaya tau..bukan mercun pop pop yang slalu ko lempor kat pompuan gedik ek..


rentettan menghasilkan nadir bumi:

1.ore(bijih) dilombong di Mount Weld Australia

2.ore di keringkan dan proses pengasingan dijalankan,ia menghasilkan
'Rare Earth Concentrate'

3.then,dibawa ke Gebeng,Kuantan,Pahang,Malaysia untuk proses pengasingan seterusnya menggunakan bahan kimia,ia menghasilkan
'Rare Earth Compound'

4.proses lagi guna bahan kimia yang berbeza bergantung pada berat atau ringan untuk menghasilkan
'Rare Earth Oxides'

5. kat kilang tekonologi tinggi,guna kaedah 'solvent extraction' untuk hasilkan
'Rare Earth Metal'

so,kat Malaysia kita akan terlibat dengan proses 3 dan proses 4..tapi,proses ni la yang sangat bahaya..sangat dikecam!kenapa?sebab sisa bahan radioactive akan menjadi milik negara kita,,banyaknya bahan radioactive tuh 121 metrik tan bersamaan 121 buah lori satu tan bukan sedekad,bukan sampai aku beranak kembar 200,tapi dalam masa setahun..coba ko bayangkan..Kassim Selamat yang buta boleh melihat kembali bila dengar hal ni,Ultraman akan berkerja keras selamatkan rakyat Malaysia..over aku..

KEBURUKAN PADA RAKYAT?


orang cakap buruk buruk pompuan pon masih terselit kecantikannya,buruk buruk manusia pon kita tetap datang dari Adam A.S dan Hawa,kita sama keturunan dan asalnya..tapi kalau bahan kimia yang bernama radioactive ni tak kuasa aku nak cakap lagi..memang buruk sangat la..banyak bad effect daripada good effect,,actually x de pon good effect..ni aku cakap radioACTIVE,,law radio ERA.fm aku fanatik,,mak jemah i love u!*tetibe*bagi yang tak tau bad effect plizz jangan malu scroll bawah lagi..aku tak mintak bayar pon,just klik nuffnang..HAHA!

THORIUM..mesti bosan asit nama mamat ni je yang muncul kn..tabah ek..thorium sebenarnya;

1.Thorium-232 hayat 14billion tahun untuk decay
2.Thorium-230 and 228 hayat 75,4000 tahun untuk decay
3.pencemaran merebak melalui air dan udara
4.thorium yang disedut akan kekal lama dalam darah akhirnya 'bermaustatin' dalam tulang pada jangka masa yang lama.
5.risiko kanser tekak,pankrease,dan tulang dan sebagainya akibat terhidu
6.sektor pelancongan Cherating,Pahang berisiko
7.sektor perikanan Kuantan berisiko
8.keropok lekor kuantan hancus
9.harga tanah Kuantan merundum
10.pelabur takot melabur*bukan berak*kat Kuantan
11.lokasi terlalu dekat dengan penempatan penduduk(2KM dari Balok penduduk 16700)



BELAJAR MELALUI SEJARAH

ye,memang kita suka bosan bab sejarah,tapi ingatlah,sejarah adalah kenangan yang harus kita ingat agar banana fruit not grow two times..

1.Syarikat Mitsubishi Chemical terlibat dalam proses 'rare earth' di bukit merah dikaitankan dengan 8 kes LUEKIMIA dan 7 KEMATIAN,proses pembesihan pada tahun 1992 masih dijalankan sehingga kini menelan belanja RM300juta.

2.kes kebocoran Fukushima,Japan akibat bencana Tsunami dan Gempa bumi melebarkan sayap kes pembersihan sisa dari 16KM kepada 40KM termasuk mengishtiharkan tahap 7 radiasi sama seperti kes Chernobyl Ukraine mengakibatkan 200,000 kematian akibat kanser.

3.di Baotou kes kebocoran mengakibatkan kemusnahan hasil pertanian dan kematian,gigi tercabut,rambut beruban diawal usia 20-an,dan menghidap kanser bagi mereka yang berada 10KM dari kawasan kebocaran.

4.di China kajian menunjukkan mereka yang tinggal dekat dengan kawasan rare earth ore mempunyai kadar IQ yang lebih rendah berbanding di kawasan yang terkawal.

KEBAIKAN UNTUK NEGARA HANYA 1

mak aku selalu cakap harta senang dicari,tapi untuk cari laki yang baik untuk kita seperti mencari semut hitam di atas batu yang hitam di hari malam yang hitam,okie aku yang melebih..mcam tuh la nak cari kebaikan project ni..hanya satu dapat dilihat kebaikan negara kita perolehi ialah kita dapat menghasilkan pendapatan negara aggaran eksport 8billion setahun.. memang banyak,memang sampai bila kita nak bergantung pada hasil petroleum negara,memang sampai bila nak bergantung pada getah nenek aku,memang sampai bila nak bergantung pada kelapa sawit,MEMANG!

TETAPI,,


lihatlah,kita masih sihat,masih boleh melihat kedua ibu bapa,masih boleh melihat anak anak berlari pantas mengatakan ibu,meoww itu gemok!,ibu saya lapar,abah belikan kakak motor yang hangat dipasaran ek,adik kita rindu awak,yeay!dapat study kat Uitm Shah Alam!,woi!belanja aku makan,dapat beribadat kepada Ilahi,dapat shampoo rambut yang masih hitam,dapat mengosok gigi,dapat segalanya tanpa sebarang ancaman..

jangan asit menunding jari kepada mereka,sebaliknya apa peranan kita,pahami kenapa mereka memberontak,bukan pandang dengan keji,Ya Allah selamatkan kami Ya Allah!!

LYNAS HARUS DI TEGAH,
CUMA JIKA IA DI LAKSANAKAN DENGAN SPESIFIKASI YANG BETUL,
MUKIN IA DAPAT DI UBAH..

35KM ADALAH JARAK SELAMAT YANG DITETAPKAN AUSTRALIA DAN PROJECT INI TIDAK MENEPATI SYARAT!!


aku menaip dengan sumber.






0 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...